Monday, June 29, 2009

a new chapter in my life

hmm...sudah lamer
x mengedit blog aku ni
bz ngan kuliah
pas2 kemas brg2 nak pindah luar
mggu ni akan bermula hidup baru
tiada lagi kehidupan di asrama

hmm...mggu ni aku kenal ngan seseorang
dier seorang yang agak manis
senang berbicara dengannya
harapnya...dapat berkenalan dengan lebih lama
dengan si dia

Tuesday, June 23, 2009

alhamdullillah

alhamdulillah...
setelah sekian lama menunggu
akhirnya...keputusan telah diputuskan hari ini
setelah hampir 6 tahun menanti
ayahku telah memenangi
kes perbicaraannya di mahkamah hari ini
syukur kepada-Mu Ya Allah

Saturday, June 20, 2009

rumah sewa???

melihat kepada tajuk di atas
aku amat geram sebab
aku kena duk kat luar sem ni
da r aku xder transport
nak kena duk luar plak
hampeh tol...arghhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!

Thursday, June 18, 2009

go Winders Jenan 09

esok kat PICC Putrajaya
Final wind Okestra SBP n Skolah Kluster
akan dijalankan pada pukul 2 petang
setelah mencuba beberapa tahun
Jenan berjaya menempatkan kembali
sebagai salah satu team yang patut digeruni
di arena okestra SBP seluruh Malaysia
walaupun ngan team yang kecil
semangat bdk2 Jenan amat membara
bak kata orang dulu2...kecil2 cili padi
to all my juniors...wish u all gudluck
bawak balik semula trofi Johan tu
kat Jenan tercinta...go Jenan go

kepulangan

hari ni...19 Jun 2009
detik 10.15 malam
aku akan menaiki bas
untuk pulang ke kelantan
setelah hampir sebulan menghabiskan cuti
aku akan pulang ke maktab
untuk memulakan semester yang baru
mesti macam2 citer biler da sampai maktab nanti
yang penting aku nak tau result exam aku
ngan list budak yang kena duk luar
mungkin blog ni akan diedit sekiranya
wireless kat maktab aku x bengong

Monday, June 15, 2009

aper dah jadi ngan blog aku????

aku nak edit blog ni
tapi naper tah...byk benda yg x kuar
nak tukar font x boleh
nak tukar warna x boleh
sumbudy...plzzz help me

Wednesday, June 10, 2009

tag oleh ayun

1. If your lover betrayed you, what will your reaction be?

Aper lagi…tinggalkan jer dier 2

2. If you can have a dream to come true, what would it be?

Saya nak jadik seorang peguam yang terkenal

3. Whose butt would you like to kick?

Saper ekk…sesaper je r

4. What would you do with a billion dollars?

Bawak family g tunaikan haji…aminnn

5. Will you u fall in love with your best friend?

Maybe…hahahaha…saper best fren aku

6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?

Loving Allah

7. How long do you intend to wait for someone you really love?

Sehingga hujung nyawa…macam tajuk filem r plak

8. If the person you secretly like is already attached, what would you do?

Hmmm..no comment

9. If you like to act with someone, who will it be? your gf/bf or an actress/actor?

Berlakon dalam rancangan anak wayang kot…hahahaha

10. What takes you down the fastest?

Jatuh dari katil r..pe lagi

11. How would you see yourself in ten years time?

Seorang guru yang berjaya

12. What’s your fear?

X pass exam..nanti kena repeat

13. What kind of person do you think the person who tagged you is?

Nice...manja

14. Would you rather be single and rich or married but poor?

Single and available

15. What’s the first thing you do when you wake up?

Tengok jam kul baper…pas2 smbg tido

16. Would you give all in a relationship?

No comment

17. If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?

Carik jer yang laen…habis citer

18. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing the someone has done?

Maafkan kami…maafkan kami…maafkan kami…maafkan kami

19.Do you prefer being single or having a relationship?

Soalan ni..tanyer wife saya..hahaha

20.List 5 people to tag

Ayuni

Abg long

Ieka tembam

Saper2 je la


Monday, June 8, 2009

berakhirnya kehidupan seorang mat rempit

arini...saya telah
menamatkan kehidupan saya
sebagai seorang mat rempit
sekian...terima kasih

Saturday, June 6, 2009

my big brother

semalam pas aku men bola
kat old trafford
bdk2 ni ajak aku men futsal kat bandar
aku cakap r kalau free aku pg
dlm hati memang xnak pg maen pon
penat sgt pas maen bola
malam 2...ngah makan kat kedai mamak
adik aku ajak aku g tgk bdk2 ni men futsal
aku da cakap kat dier aku xnak pg
x psl2 aku marah dier
pas2 aku cmpak kunci moto kat dier
suh dier pg sndri kalau nak sgt
balik jer rumah..dier tros mrajuk
n tido...da r sampai aku tulis post ni
dier nak mrajuk lagi ngan aku
da besar2 pon nak mrajuk ker bro

Thursday, June 4, 2009

benarkah iskandar bukan zulkarnain


Sejak sekian lama, kita mempercayai Iskandar Zulqarnain adalah individu yang hebat dalam sejarah. Beliaulah yang kita namakan Alexander the Great. Namun, kita tidak pernah tahu sama sekali bahawasanya Iskandar dan Zulqarnain adalah dua individu yang berbeza. Benarkah kenyataan itu? Buku ini ada jawapannya. Buku ini dimulakan dengan kupasan mengenai empat raja agung dunia purba mengikut turutan sejarah hidup mereka iaitu Raja Namrud, Nabi Sulaiman, Raja Bukhtanasar dan Zulqarnain. Ketiga-tiga raja pertama dipanggil dan diketahui dengan nama mereka sendiri sedangkan Zulqarnain pula adalah satu gelaran yang disandarkan kepada beberapa tokoh hebat termasuklah Raja Iskandar (Alexander). Siapakah mereka? Bilakah mereka memerintah? Siapakah yang dahulu dan siapa pula yang datang kemudian? Diskusi di dalam buku ini membantu anda bagi lebih memahami sejarah silam. Namun, di sebalik segala persoalan itu, yang lebih penting adalah persoalan, adakah sesuai jika disandarkan gelaran Zulqarnain kepada Raja Iskandar?

Quran menceritakan mengenai ciri-ciri Zulqarnain yang mana jika dikaitkan dengan sejarah hidup Raja Iskandar, ia adalah bercanggah. Buku ini memuatkan perbincangan serta hujah-hujah yang sesuai bagi mengaitkan tokoh yang paling hampir dan sesuai dengan gelaran Zulqarnain. Bukti hidup daripada peninggalan Zulqarnain adalah tembok yang dibinanya bagi menghalang Yakjuj Makjuj. Siapakah mereka ini dan siapakah yang mereka kacau sehingga Zulqarnain membina tembok serta di manakah tembok itu? Perbincangan ini dan lain-lain lagi ada di dalam buku ini. Jangan lepaskannya

ngah baca paper arini...tiber2 jer ternampak iklan ni..cambest jer buku ini..akan ku cari buku ini sampai dapat

go Jenan go

tahun ni tahun 2009
aku raser tahun yang bertuah tuk my alma matter
SM SULTAN ABDUL HALIM a.k.a JENAN
setelah beberapa tahun
Wind Okestra x dapat masuk final
akhirnya team tahun ni dapat gak masuk final
pas2 plak team Debate BI
semenjak kebelakangan ni
team debate memang byk imporove
dalam arena pendebatan di antara SBP
hasilnya...team debate BI Jenan
dapat masuk final Julai nanti
dorang akan lwn ngan SSP
2 all my juniors...ganbatte kudasai

Tuesday, June 2, 2009

playing new game


hmmm...g lepak kat cc
skrg ni minat maen game ni plak
NBA 08...hehehe
boleh brangan jadi cam
Micheal Jordan...karim Al-Jabbar..Kobe Bryant...Le Bron James
hehehehe

Monday, June 1, 2009

nak kasut tu...

hmmm...da lamer aku pakai
but nike total 90
raser-rasernyer da 3 tahun aku pakai
pas koyak jahit...smpi r skrg

arini g surf kat al-ikhsan.com
collection but yang ader kat saner
teringin nak beli but baru
tapi wang kena ader dulu
cepat2 r ader rezki nak beli but baru..huhuhu


ni but yang aku cari2 but yang dipakai oleh Tevez semua putih

yang ni cambest gak All Black...huhu

yang ni plak macam Park Ji-Sung pakai rasenyer

masalahnyer skrg aku xtau harga but2 yang aku minat ni kena r pg al-ikhsan tgk harga dier baper ngah ader sale skrg bilalah aku nak ader but baru...huhuhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...