Tuesday, June 19, 2012

Ayah & Sukan

KAMARUZAMAN @ KAMARULZAMAN BIN ZAKARIA
itulah nama yang diberikan untuk arwah ayah saya
ayah merupakan anak kedau daripada 14 orang adik-beradik
arwah cukup dikenali sebagai seorang yang tegas kepada adik-beradiknya
pernah satu ketika ketika zaman remajanya...arwah mencari adik-adiknya yang belum pulang dari sekolah
apabila arwah jumpa adik-adiknya...arwah akan memarahi adik-adiknya
tetapi,di sebalik ketegasan arwah...arwah seorang yang baik hati dan gemar menolong orang yg dalam kesusahan

arwah cukup dikenali dengan kegiatan sukannya ketika usia muda
melalui gambar-gambar arwah yang pernah kulihat
arwah aktif dalam sukan bola sepak,hoki dan sepak takraw
dalam bola sepak, arwah seorang last man yang kebal di bhg pertahanan
arwah sering mendapat sorakan dari saudara-mara atau rakan-rakanya ketika beraksi
arwah juga aktif dalam bidang kepengadilan bola sepak
kadang-kadang aku ikut arwah jika arwah mengadili sesuatu perlawanan bola sepak

dalam sepak takraw pula...aku terkejut bila mendapat tahu
imam menceritakan bahawa arwah merupakan seorang killer dalam pasukan
arwah juga merupakan salah seorang pengadil yang diiktiraf oleh PSM

dalam sukan hoki pula
arwah bermain sebagai penjaga gol..benteng terakhir pasukan
dalam sukan hoki...arwah aktif bermain di pahang
kalau x silap, arwah pernah mewakili pasukan piala razak negeri pahang
kayu hoki dan bola hoki arwah masih lagi ada di rumah sebagai kenanganku kepada arwah

daripada gambar-gambar arwah...arwah juga pernah menawan
puncak gunung tahan/kinabalu satu ketika dulu
kini,itu semua hanya tinggal kenangan sahaja
mungkin bakat arwah dalam bidang sukan
diwarisi oleh diriku dan adik ku pada ketika ini

YA ALLAH YANG MAHA ESA
KAU CUCURILAH RAHMAT KE ATSA ROH AYAHKU
YANG TELAH PERGI MENGHADAPMU
SEMOGA KAMI SEKELUARGA DITEMPATKAN
DI PINTU SYURGA YANG DIJANJIKAN OLEHMU YA ALLAH
AMEEN

Monday, June 18, 2012

Ibu Ayah...kau yang terbaik bagi diriku

setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini...pasti mempunyai AYAH & IBU
tanpa mereka, siapalah kita di bumi ini
dari kecil hinggalah kita dewasa...mereka sentiasa berusaha mencari nafkah untuk anak-anak
tapi,anak-anak seringkali melawan suruhan ibu bapa
sedarkah kita,walaupun dengan mengucapkan perkataan "ah"
kita boleh dianggap derhaka kepada mereka

bagi saya...saya banyak terlepas peluang
untuk berbakti kepada ibu bapa saya kerana menuntut ilmu di negeri orang
ibu bapa yang sedang sakit..dijaga oleh adik,nenek,umi & saudara mara yang lain
peluang saya hanyalah ketika saya bercuti di kampung

saya hanya sempat berbakti kepada ibu saya selama 17 tahun saja
ayah pula sehingga saya berumur 20 tahun
tetapi sebagai seorang anak
saya sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka di sana
semoga roh ibu & ayah dicucuri rahmat
dan ditempatkan di Syurga yang dijanjikan oleh Allah S.W.T.

Tuesday, June 12, 2012

kembali menulis

assalamualaikum

lama da x menulis kat blog ni...last post tahun 2010..skrg da 2012...dua tahun x update blog ni
dalam hati ni ada niat untuk kembali menulis di blog ini...nak tulis apa-apa yang patut dikongsi
mungkin akan ada post-post baru yang akan menyusul lepas ni...kite tunggu & lihat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...