Wednesday, November 4, 2009

Petua Masyarkat Melayu

Orang Melayu zaman dulu amat mementingkan adat dan sopan santun semasa makan sama ada di rumah ataupun di majlis-majlis keramaian. Ia bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran tetapi juga untuk menjaga sopan santun orang Melayu. Tapi kekadang kita suke buat2 lupe dan anggap benda2 tu tahyul tapi ianya sekadar nak 'menipu' anak-anak masa zaman kanak-kanak... yelah, kalau cakap benda yg betul pun manelah anak-anak yang masih hingusan ni nak paham kan? Inilah serba-sedikit pantang-larang orang tua-tua pasal makan...

PANTANG LARANG BERKAITAN DENGAN MAKAN

Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:

1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.
2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
8. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
10. Makan piggan bertindih nanti beristeri dua.
11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.

hmmm...renung-renungkan dan selamat beramal

Sunday, November 1, 2009

November...musim peperiksaan kembali


kini setelah oktober melabuhkan tirainya
November pula menjelma
pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan
sepanjang Oktober yang lalu
aktiviti terakhir adalah
Latihan tempatan Wataniah yg dijalankan
di Kem Pengkalan Chepa

pada bulan November ini
pasti ramai yg akan pening kepala
kerena kebiasaanya bulan ini merupakan
BULAN PEPERIKSAAN di seluruh negara
semalam...1 November 2009
satu taklimat peperiksaan telah dijalankan
di Dewan Wawasan IPGM Kampus Kota Bharu
Alhamdulillah..aku berjaya menduduki peperiksaan
untuk semester dua ini

pasti ada yang tertanya-tanya
mengenai keputusan pertandingan hoki
untuk pertandingan ini..pasukan Haru Biru
berjaya mendapat Naib Jahan setelah tewas 0-1
di saat-saat akhir perlawanan
pihak lawan berjaya mendapatkan gol kemenangan

kepada semua individu yang akan menduduki
apa jua peperiksaan pada bulan November ini
aku mendoakan kita semua berjaya menduduki peperiksaan
semoga kita memperoleh kejayaan yang cemerlang
di dunia dan akhirat...wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...