Wednesday, October 28, 2009

Alhamdulillah

salam...detik masa di bumi ini
menunjukkan masa seperti pantas berlalu
pejam celik pejam celik
kita da pon memasuki ke penghujung bulan Oktober

banyak aktiviti yang da dilaksanakan sepanjang Oktober ini
kebanyakan aktiviti dah aku postkan sebelum ni
terbaru, kejohanan Bola Tampat Terbuka IPGM KKB
pertandingan ni telah dianjurkan oleh Gerko Bola Tampar batch aku
beberapa team dari setiap gerko permainan wajib menghantar penyertaan
alhamdulillah..aku dan player dari gerko bola keranjang
berjaya menempatkan diri dalam senarai pemenang
team kami berjaya mendapat Naib Johan

start semalam...28 Oktober 2009
Gerko Bola Keranjang menganjurkan pertandingan tertutup
pertandingan ini hanya disertai oleh ahli gerko Bola Keranjang
sekali lagi aku menyertai game ni
dan hasilnya team aku dpt Johan untuk pertandingan ni...hehehe

smalam gak pertandingan Hoki Terbuka IPGM KKB diadakan
macam biasa r...join lagi game ni...hehehe
tuk game pertama...team aku berjaya memenangi game tersebut
petang ni..game bersambung semula
hopefully...dapat masuk Semi Final arini...ameennnn

Tuesday, October 27, 2009

Jelajah Bahasa 2009






Jelajah Bahasa 2009 telah dijalankan pada 20 Oktober 09 hingga 23 Oktober 2009
setlah menjelajah 3 buah negeri di Semenanjung Malaysia
pelabagai dialek percakapan yang digunakan oleh penduduk Malaysia telah dapat dikaji
semoga rentetan aktiviti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang

Wednesday, October 14, 2009

Syawal Sebulan

setelah sebulan berpuasa
umat Islam meraikan Syawal selama sebulan
arini..aku nak upload gmbr2
tyme bulan Syawal yang mulia ni








Tuesday, October 13, 2009

Amali Permainan Kanak-kanak







mggu lepas...ari khamis bersamaan 8 Oktober 2009
klas aku wat amali Permainan Kanak-kanak
amali ni dinilai oleh En. Kamarudin
memang enjoy giler tyme ni
dapat men macam2 game yang dicipta sendiri
kat atas ni...aku upload beberapa pic tyme amali tu

Friday, October 9, 2009

Untukmu Ibu

arini sambil mengedit blog yg x seberapa ini
dgr lagu2 nasyid yang ada kat laptop
terkenang pula jasa insan yang paling ku sayangi
IBUKU...ZAITON BT. ABDULLAH

tanpa ibu...x mungkin aku lahir ke dunia
ibu da byk bersusah payah untuk melahirkan aku & adikku
maser aku kecik...mesti da mcm2 ibu korbankan untuk aku
tapi aku x pernah puas dgn aper yang aku nak

kini...da 3 tahun ibu meninggalkan keluargaku
aku inginkan kasih syg dari seorang ibu
ibu...epul minta maaf atas segala kesalahan epul
yg epul da lakukan masa ibu ada
epul pohonkan restu Ibu untuk ke Syurga

epul doakan ibu tenang di sana
dan ditempatkan di Syurga nanti
epul nak jumpa ibu kat Syurga nanti
ibu tunggu epul..kami semua rindukan ibu

Ya Allah ya Tuhanku...ampunilah dosa2 ibuku
cucurilah rahmat ke atas rohnya
tempatkanlah ibu di kalanga penghuni Syurga-Mu
temukanlah kami di Syurga-Mu Ya Allah




Untukmu Ibu

ibu....
bergenang air mataku
terbayang wajahmu yg redup sayu
kudusnya kasih yg engkau hamparkan
bagaikan laut yg tak bertepian

biarpun kepahitan telah engkau rasakan
tidak pon kau merasa jemu
mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
dari kecil hgga dewasa

hidupmu kau korbankan
biarpun dirimu telah terkorban
tak dapat kubalasi akan semua ini
semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

#ibu...kau ampunilah dosaku
andainya pernah menghiris hatimu
restumu yg amat aku harapkan
kerana di situ letak Syurgaku

##tabahnya melayani kenakalan anakmu
mengajarku erti kesabaran
kau bagai pelita dikala aku kegelapan
menyuluh jalan kehidupan

kasih sayangmu sungguh bernilai
itulah harta yang kau berikan
ibu...dengarlah rintihan hatiku
untukmu ibu

ulang # dan ##

kasihanilah Tuhan...
ibu yg telah melahirkan diriku
bagaikan kasih ibu...sewaktu kecilku
moga bahagia ibuu di dunia & di Akhirat sana
moga bahagia ibu di dunia & di Akhirat sana

Wednesday, October 7, 2009

Rezeki datang dari Allah



semalam...msg ngan rakan2 lama di Jenan
x luper juga rakan2 yg ada di sekeliling saya
setiap orang pasti mempunyai masalah tertentu
ader seorang rakan saya yg mengahadai masalah kewangan
saya faham mengenai keadaan dirinya
lalu saya pon memberi sedikit teguran dan nasihat kepadanya
bagi saya...rezeki itu pasti akan dtg kepada kita
jika kita tidak lupa kepada-Nya..Tuhan yang Maha Berkuasa
Dialah yang menentukan segala-galanya
menentukan rezeki kita di atas muka bumi ini
janganlah kita ingat kepada-Nya ketika susah
tapi lupa kepada-Nya ketika senang

Allah Berkomunikasi


Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dia (Allah) menundukkan (memudahkan) bagi kamu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi (sebagai kurnia) daripadaNya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir” al-Jaasiah (45:13)

Sebagai orang yang beriman, kita sentiasa dianjurkan supaya memerhatikan keajaiban alam ciptaan Allah Taala dan hikmah di sebalik sesuatu kejadian yang menimpa dengan mata hati.

Apabila berlaku bencana besar pada alam ini, pemusatan fikiran kita bukan hanya kepada banyak mana kemalangan jiwa atau kerugian harta benda yang terlibat, malah pada sebab musabab yang membawa kepada bencana tersebut. Kita mungkin terfikir apakah bencana ini merupakan fenomena alam semulajadi atau ianya suatu bala yang ditimpakan ke atas manusia?

Ilmu manusia tentang rahsia alam amat terbatas. Melalui bantuan peralatan yang canggih mungkin kita mampu mengesan kelajuan angin, pergerakan awan, getaran bumi, ketinggian ombak dan lain-lain fenomena lagi. Namun, manusia tidak mampu menjadi ahli nujum kenapa angin bergerak pada kelajuan tertentu, kenapa bumi bergetar pada skala tertentu atau kenapa ombak bergelombang pada ketinggian tertentu. Persoalan kenapa ini tidak mungkin dapat dijawab kerana ia adalah urusan Allah Taala.

Allah Taala menciptakan manusia di atas satu konsep yang cukup penting supaya perjalanan hidup semasa di dunia, dipandu oleh satu sistem yang menjamin masa depan mereka agar tidak terus alpa kerana akan tiba suatu saat kelak, mereka pasti dijemput untuk menerima buku amal catatan dan pembalasan di atas apa yang mereka kerjakan.

Konsep menyembah (dengan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang) dan bertindak sebagai khalifah di muka bumi merupakan dua agenda penting yang harus dipikul oleh manusia sebagai suatu amanah besar dalam kehidupan yang sementara ini, dan bukan untuk berseronok semata-mata. Bahkan manusia tidak dijadikan hanya untuk hidup di dunia yang kecil dan binasa ini sahaja, tetapi mereka dijadikan untuk kehidupan yang kekal abadi, iaitu di akhirat.

Muhasabah lebih baik ketika ini, daripada mencari punca kejadian dan meratapi sedih di atas musibah. Moga dipelihara kita dari musibah berpanjangan sebelum sempat kita kembali kepada-Nya.

“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” at-Taghabun (64:11)

Tuesday, October 6, 2009

Ujian Akhir Kursus

Salam
setelah beberapa bulan menuntut ilmu
mengenai beberapa subjek untuk sem ni
da tiba masanya tuk exam plak

bermula esok
pljr-pljr PISMP Sem 2 IPGM KKB
akan menduduki UAK Sem 2

berikut adalah jadual untuk UAK sem ni

7 Oktober 2009
8.30-10.00 Pagi
English Language Proficiency (WAJ 3103)

11.00-12.00 T/hari
Numerical Literacy (WAJ 3105)

8 Oktober 2009
8.30-10.00 Pagi
Literasi Bahasa Melayu (WAJ 3104)

inilah sedikit sebanyak maklumat mengenai UAK
hopefully dipermudahkan oleh-Nya
agar dapat menjawab UAK dengan tenang
dan mendapat keputusan yg cemerlang
Amin.........

Saturday, October 3, 2009

Oktober


salam lebaran
sekarang da masuk bulan Oktober
macam2 aktiviti yg akan dijalankan sepanjang bulan ni
bulan kesihatan da bersambung smuler
liga 9 sebelah da pon start
BIG fasa kedua plak buat tyme ni
Ujian Akhir Kursus (UAK) pada 7&8 Oktober
SIPMA akan dijanlankan
yang paling penting Kembara Bahasa
itulah sedikit sebanyk aktiviti yang akan dijalankan
sepanjang bulan Oktober ni
Doakan aku berjaya menduduki UAK nanti
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...