Wednesday, December 30, 2009

plz view this...URGENT!!!

salam...
sedar x sedar...arini da last day
kat tahun Masihi
skadar nak share ngan semua
view r blog ni...
holywar-efairy.blogspot.com
aku dpt msg ni dr junior aku
view r blog ni k...salam

Wednesday, December 23, 2009

MUHARRAM



salam...sedar x sedar...da 8 hari
umat ISLAM di seluruh dunia melangkah ke Tahun Hijrah yang baru
MUHARRAM merupakan bulan pertama dalam kalendar Hijrah umat ISLAM
banyak peristiwa penting yang telah diceritakan oleh
umat-umat terdahulu mengenai kegemilangan ISLAM di masa lampau

antara peristiwa yang terdekat ialah
kewafatan cucunda Rasulullah S.A.W.
iaitu Saidina Husin pada 10 Muharram yg jatuh pd hari Jumaat
Saidina Husin merupakan penghulu di Syurga bersama-sama Saidina Hasan
oleh itu...marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah
kepada seluruh ahli keluarga Rasulullah S.A.W. agar dipermudahkan
urusan untuk mencari pintu Syurga yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T.

Mahmud bin Ghailan menceritakan kepada kami, Abu Daud al Hafari menceritakan kepada kami dari Sufyan dari Yazid bin Abu Ziyad, dari Ibnu Abi Nu'am, dari Abu Sa'id al Khudri radiallahuanhu, ia berkata: Rasulullah saw bersabda, "Hasan dan Husin adalah pemimpin pemuda penghuni syurga."

YA ALLAH...PIMPINLAH DAKU UNTUK MENCIUM PINTU SYURGA-MU...AMEEN

Tuesday, December 15, 2009

KEHILANGAN

salam...da lame x edit blog ni
tah kenape...tibe2 dpt ilham nak edit blog ni
tentang entry tuk kali ni...aku nak citer hal sbnr

tanggal 6 Disember 2009..detik 12.20 t/hari
seorang lagi insan tersayang pergi meninggalkanku
insan yang dimaksudkan ialah ayahanda tercinta
KAMARUZAMAN BIN ZAKARIA

Ya Allah...kau cucurilah rahmat ke atas rohnya
dan tabahkanlah hati hambamu ini
atas segala ujian yang Kau turunkan untuk hamba-Mu yg lemah ini

Wednesday, November 4, 2009

Petua Masyarkat Melayu

Orang Melayu zaman dulu amat mementingkan adat dan sopan santun semasa makan sama ada di rumah ataupun di majlis-majlis keramaian. Ia bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran tetapi juga untuk menjaga sopan santun orang Melayu. Tapi kekadang kita suke buat2 lupe dan anggap benda2 tu tahyul tapi ianya sekadar nak 'menipu' anak-anak masa zaman kanak-kanak... yelah, kalau cakap benda yg betul pun manelah anak-anak yang masih hingusan ni nak paham kan? Inilah serba-sedikit pantang-larang orang tua-tua pasal makan...

PANTANG LARANG BERKAITAN DENGAN MAKAN

Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:

1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.
2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
8. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
10. Makan piggan bertindih nanti beristeri dua.
11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.

hmmm...renung-renungkan dan selamat beramal

Sunday, November 1, 2009

November...musim peperiksaan kembali


kini setelah oktober melabuhkan tirainya
November pula menjelma
pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan
sepanjang Oktober yang lalu
aktiviti terakhir adalah
Latihan tempatan Wataniah yg dijalankan
di Kem Pengkalan Chepa

pada bulan November ini
pasti ramai yg akan pening kepala
kerena kebiasaanya bulan ini merupakan
BULAN PEPERIKSAAN di seluruh negara
semalam...1 November 2009
satu taklimat peperiksaan telah dijalankan
di Dewan Wawasan IPGM Kampus Kota Bharu
Alhamdulillah..aku berjaya menduduki peperiksaan
untuk semester dua ini

pasti ada yang tertanya-tanya
mengenai keputusan pertandingan hoki
untuk pertandingan ini..pasukan Haru Biru
berjaya mendapat Naib Jahan setelah tewas 0-1
di saat-saat akhir perlawanan
pihak lawan berjaya mendapatkan gol kemenangan

kepada semua individu yang akan menduduki
apa jua peperiksaan pada bulan November ini
aku mendoakan kita semua berjaya menduduki peperiksaan
semoga kita memperoleh kejayaan yang cemerlang
di dunia dan akhirat...wassalam

Wednesday, October 28, 2009

Alhamdulillah

salam...detik masa di bumi ini
menunjukkan masa seperti pantas berlalu
pejam celik pejam celik
kita da pon memasuki ke penghujung bulan Oktober

banyak aktiviti yang da dilaksanakan sepanjang Oktober ini
kebanyakan aktiviti dah aku postkan sebelum ni
terbaru, kejohanan Bola Tampat Terbuka IPGM KKB
pertandingan ni telah dianjurkan oleh Gerko Bola Tampar batch aku
beberapa team dari setiap gerko permainan wajib menghantar penyertaan
alhamdulillah..aku dan player dari gerko bola keranjang
berjaya menempatkan diri dalam senarai pemenang
team kami berjaya mendapat Naib Johan

start semalam...28 Oktober 2009
Gerko Bola Keranjang menganjurkan pertandingan tertutup
pertandingan ini hanya disertai oleh ahli gerko Bola Keranjang
sekali lagi aku menyertai game ni
dan hasilnya team aku dpt Johan untuk pertandingan ni...hehehe

smalam gak pertandingan Hoki Terbuka IPGM KKB diadakan
macam biasa r...join lagi game ni...hehehe
tuk game pertama...team aku berjaya memenangi game tersebut
petang ni..game bersambung semula
hopefully...dapat masuk Semi Final arini...ameennnn

Tuesday, October 27, 2009

Jelajah Bahasa 2009






Jelajah Bahasa 2009 telah dijalankan pada 20 Oktober 09 hingga 23 Oktober 2009
setlah menjelajah 3 buah negeri di Semenanjung Malaysia
pelabagai dialek percakapan yang digunakan oleh penduduk Malaysia telah dapat dikaji
semoga rentetan aktiviti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang

Wednesday, October 14, 2009

Syawal Sebulan

setelah sebulan berpuasa
umat Islam meraikan Syawal selama sebulan
arini..aku nak upload gmbr2
tyme bulan Syawal yang mulia ni








Tuesday, October 13, 2009

Amali Permainan Kanak-kanak







mggu lepas...ari khamis bersamaan 8 Oktober 2009
klas aku wat amali Permainan Kanak-kanak
amali ni dinilai oleh En. Kamarudin
memang enjoy giler tyme ni
dapat men macam2 game yang dicipta sendiri
kat atas ni...aku upload beberapa pic tyme amali tu

Friday, October 9, 2009

Untukmu Ibu

arini sambil mengedit blog yg x seberapa ini
dgr lagu2 nasyid yang ada kat laptop
terkenang pula jasa insan yang paling ku sayangi
IBUKU...ZAITON BT. ABDULLAH

tanpa ibu...x mungkin aku lahir ke dunia
ibu da byk bersusah payah untuk melahirkan aku & adikku
maser aku kecik...mesti da mcm2 ibu korbankan untuk aku
tapi aku x pernah puas dgn aper yang aku nak

kini...da 3 tahun ibu meninggalkan keluargaku
aku inginkan kasih syg dari seorang ibu
ibu...epul minta maaf atas segala kesalahan epul
yg epul da lakukan masa ibu ada
epul pohonkan restu Ibu untuk ke Syurga

epul doakan ibu tenang di sana
dan ditempatkan di Syurga nanti
epul nak jumpa ibu kat Syurga nanti
ibu tunggu epul..kami semua rindukan ibu

Ya Allah ya Tuhanku...ampunilah dosa2 ibuku
cucurilah rahmat ke atas rohnya
tempatkanlah ibu di kalanga penghuni Syurga-Mu
temukanlah kami di Syurga-Mu Ya Allah




Untukmu Ibu

ibu....
bergenang air mataku
terbayang wajahmu yg redup sayu
kudusnya kasih yg engkau hamparkan
bagaikan laut yg tak bertepian

biarpun kepahitan telah engkau rasakan
tidak pon kau merasa jemu
mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
dari kecil hgga dewasa

hidupmu kau korbankan
biarpun dirimu telah terkorban
tak dapat kubalasi akan semua ini
semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

#ibu...kau ampunilah dosaku
andainya pernah menghiris hatimu
restumu yg amat aku harapkan
kerana di situ letak Syurgaku

##tabahnya melayani kenakalan anakmu
mengajarku erti kesabaran
kau bagai pelita dikala aku kegelapan
menyuluh jalan kehidupan

kasih sayangmu sungguh bernilai
itulah harta yang kau berikan
ibu...dengarlah rintihan hatiku
untukmu ibu

ulang # dan ##

kasihanilah Tuhan...
ibu yg telah melahirkan diriku
bagaikan kasih ibu...sewaktu kecilku
moga bahagia ibuu di dunia & di Akhirat sana
moga bahagia ibu di dunia & di Akhirat sana

Wednesday, October 7, 2009

Rezeki datang dari Allah



semalam...msg ngan rakan2 lama di Jenan
x luper juga rakan2 yg ada di sekeliling saya
setiap orang pasti mempunyai masalah tertentu
ader seorang rakan saya yg mengahadai masalah kewangan
saya faham mengenai keadaan dirinya
lalu saya pon memberi sedikit teguran dan nasihat kepadanya
bagi saya...rezeki itu pasti akan dtg kepada kita
jika kita tidak lupa kepada-Nya..Tuhan yang Maha Berkuasa
Dialah yang menentukan segala-galanya
menentukan rezeki kita di atas muka bumi ini
janganlah kita ingat kepada-Nya ketika susah
tapi lupa kepada-Nya ketika senang

Allah Berkomunikasi


Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dia (Allah) menundukkan (memudahkan) bagi kamu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi (sebagai kurnia) daripadaNya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir” al-Jaasiah (45:13)

Sebagai orang yang beriman, kita sentiasa dianjurkan supaya memerhatikan keajaiban alam ciptaan Allah Taala dan hikmah di sebalik sesuatu kejadian yang menimpa dengan mata hati.

Apabila berlaku bencana besar pada alam ini, pemusatan fikiran kita bukan hanya kepada banyak mana kemalangan jiwa atau kerugian harta benda yang terlibat, malah pada sebab musabab yang membawa kepada bencana tersebut. Kita mungkin terfikir apakah bencana ini merupakan fenomena alam semulajadi atau ianya suatu bala yang ditimpakan ke atas manusia?

Ilmu manusia tentang rahsia alam amat terbatas. Melalui bantuan peralatan yang canggih mungkin kita mampu mengesan kelajuan angin, pergerakan awan, getaran bumi, ketinggian ombak dan lain-lain fenomena lagi. Namun, manusia tidak mampu menjadi ahli nujum kenapa angin bergerak pada kelajuan tertentu, kenapa bumi bergetar pada skala tertentu atau kenapa ombak bergelombang pada ketinggian tertentu. Persoalan kenapa ini tidak mungkin dapat dijawab kerana ia adalah urusan Allah Taala.

Allah Taala menciptakan manusia di atas satu konsep yang cukup penting supaya perjalanan hidup semasa di dunia, dipandu oleh satu sistem yang menjamin masa depan mereka agar tidak terus alpa kerana akan tiba suatu saat kelak, mereka pasti dijemput untuk menerima buku amal catatan dan pembalasan di atas apa yang mereka kerjakan.

Konsep menyembah (dengan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang) dan bertindak sebagai khalifah di muka bumi merupakan dua agenda penting yang harus dipikul oleh manusia sebagai suatu amanah besar dalam kehidupan yang sementara ini, dan bukan untuk berseronok semata-mata. Bahkan manusia tidak dijadikan hanya untuk hidup di dunia yang kecil dan binasa ini sahaja, tetapi mereka dijadikan untuk kehidupan yang kekal abadi, iaitu di akhirat.

Muhasabah lebih baik ketika ini, daripada mencari punca kejadian dan meratapi sedih di atas musibah. Moga dipelihara kita dari musibah berpanjangan sebelum sempat kita kembali kepada-Nya.

“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” at-Taghabun (64:11)

Tuesday, October 6, 2009

Ujian Akhir Kursus

Salam
setelah beberapa bulan menuntut ilmu
mengenai beberapa subjek untuk sem ni
da tiba masanya tuk exam plak

bermula esok
pljr-pljr PISMP Sem 2 IPGM KKB
akan menduduki UAK Sem 2

berikut adalah jadual untuk UAK sem ni

7 Oktober 2009
8.30-10.00 Pagi
English Language Proficiency (WAJ 3103)

11.00-12.00 T/hari
Numerical Literacy (WAJ 3105)

8 Oktober 2009
8.30-10.00 Pagi
Literasi Bahasa Melayu (WAJ 3104)

inilah sedikit sebanyak maklumat mengenai UAK
hopefully dipermudahkan oleh-Nya
agar dapat menjawab UAK dengan tenang
dan mendapat keputusan yg cemerlang
Amin.........

Saturday, October 3, 2009

Oktober


salam lebaran
sekarang da masuk bulan Oktober
macam2 aktiviti yg akan dijalankan sepanjang bulan ni
bulan kesihatan da bersambung smuler
liga 9 sebelah da pon start
BIG fasa kedua plak buat tyme ni
Ujian Akhir Kursus (UAK) pada 7&8 Oktober
SIPMA akan dijanlankan
yang paling penting Kembara Bahasa
itulah sedikit sebanyk aktiviti yang akan dijalankan
sepanjang bulan Oktober ni
Doakan aku berjaya menduduki UAK nanti

Saturday, September 26, 2009

pulang ke klantan

arini 270909...aku akan pulang ke klantan
setelah sminggu cuti berayer
da tiber masanyer tuk pulang ke klantan
ader yang x kene jer nak balik malam ni
hopefully perjalanan balik ke klantan
dipermudahkan oleh-Nya..insyaAllah

Thursday, September 17, 2009

Pulang Beraya

sebenarnya..semalam aku da sampai rumah
cuti tuk raya tahun ni
aku raser raya tahun ni cam x best jer
da xder kemeriahan lagi kat kampung aku
nenek da xder lagi..kemeriahan 2 da kurang
baju raya pon x beli
tapi sebagai umat Islam...aku patut merayakan kemenangan
setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan
kepada pengikut di blog aku

SALAM AIDILFITRI...MAAF ZAHIR DAN BATIN



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Friday, September 11, 2009

mencari Lailatul Qadar

sekarang da masuk fasa terakhir Ramadhan
di dalam fasa terakhir ini
ada satu malam yang dinanti-nantikan
oleh semua umat Islam
itulah Malam Lailatul Qadar
malam di mana sesiapa yang beribadat di malamnya
pahala amallan ibadatnya bersamaan dengan seribu bulan
merilah mencari malam Lailatul Qadar
kite tidak tahu adakan ramadhan akan menemui kita lagi atau tidak
marilah mencari malam Lailatul Qadar

Tuesday, September 8, 2009

amali PA

esok kat Dewan Wawasan
kelas aku ader amali PA
ntah camner nak igt 20 pergerakan 2
huhuhuhu
wish me luck esok

Monday, September 7, 2009

lamer tidak mengedit

salam ramadhan
arini da masuk ari ke 17
umat Islam berpuasa
arini gak dikatakan Nuzul Al-Quran
hari di mana wahyu Allah diturunkan
kepada Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

hmm...rasenyer da dekat seminggu x edit blog ni
macam2 perkara berlaku sepanjang sminggu ni
sibuk dengan siapkan assignment
amek gambar tuk amali PA
jualan kuih rayer..n mcm2 lagi
arini ader jamuan berbuka puasa
anjuran KeSaS kat maktab
en wan ghazali cakap
budget tuk tahun depan dikurangkan..huhuhu
k la...ni pon on9 kat rumah member
paper hal..aku edit lagi blog ni
salam ramadhan

Monday, August 31, 2009

berpuasa di maktab

arini 1 September 2009
aku da sampai kat Klantan
setelah 10 hari berpuasa di rumah
akhirnya aku kembali ke Klantan
untuk berbuka puasa bersama-sama rakan-rakan
aper ekk nak makan arini???

Friday, August 28, 2009

Runtuhnya Iman di Malaysia selepas Tragedi Natrah

Natrah atau nama sebenanya Nadra atau Maria Huberdina Bertha Hertogh telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 9 Julai lalu di Belanda. Saya tidaklah mengetahui kisah sebenar mengenai Natrah. Apabila terlihat muka depan majalah Al-Islam keluaran September 2009, terdetik di hati untuk membelinya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai isu Natrah.

Natrah merupakan anak kepada seorang tentera Belanda. Ayahnya dijatuhkan hukuman penjara oleh tentera Jepun. Selepas itu Natrah telah dibela oleh seorang wanita dari Tanah Melayu yang dikenali sebagai mak cik Aminah. Mak cik Aminah telah membawa pulang Natrah ke Kemaman, Terengganu.

Di Kemaman. Natrah telah diasuh dengan persekitaran masyarakat melayu. Beliau juga telah diIslamkan di sini. Kehidupan Natrah di Kemaman aman dan tenteram sehinggalah mahkamah telah menjatuhkan hukuman agar Natrah dipulangkan ke Belanda dan diKristiankan semula. Dek kerana terlalu menyayangi ibu angkatnya, Natrah enggan pulang ke Belanda untuk diKristiankan semula. Natrah terlalu menyayangi ibu angkatnya, mak cik Aminah.

Setelah hukuman ini dijatuhkan, rakyat Tanah Melayu ketika itu melakukan rusuhan secara besar-besaran untuk membantah sekeras-kerasnya hukuman yang telah dijatuhkan kepada Natrah. Mereka sebagai penganut agama Islam tidak rela melihat saudara seagama mereka dimurtadkan dengan sewenang-wenangnya. Mereka sanggup menggadaikan nyawa mereka demi harga sebuah diri manusia yang bergelar Islam. Rusuhan secara besar-besaran ini telah mengorbankan 18 orang Melayu, 173 tercedera manakala berates-ratus dipenjarakan kerana mengadakan rusuhan. Ini telah menunjukkan bahawa, masyarakat Melayu amat menyayangi agama Islam daripada dihina sewenang-wenangya.

Sewaktu di sebuah gereja di Belanda, ketika menunggu saat untuk diKristiankan semula, Natrah menangis dalam pelukan Puan Rosewita Buang dan meminta dikeluarkan daripada gereja. Natrah tidak rela dirinya diKristiankan semula dan melutut pada patung virgin Mary. Namun, sejarah itu telah berubah pada zaman ini. Ramai muda-mudi yang menganut Islam ingin murtad dengan sewenang-wenangnya. Lihat sahaja pada statistik yang dikeluarkan Majlis Agama di setiap negeri, bilangan yang murtad daripada bukan seorang dua, namun beratus-ratus ribu. Ke manakah hilangya semangat mempertahankan diri daripada dimurtadkan pada masyarakat Melayu di Malaysia kini?

Tanggal 31 Ogos 2009, Malaysia akan mencapai kemerdekaannya yang ke-52. Namun, kita masih tercari-cari apakah faktor sebenar yang membawa kepada runtuhnya iman di dalam diri insan yang bergelar Islam di Malaysia. Ke mana perginya kuasa yang ada pada Sultan untuk memerintah jika masalah murtad masih berleluasa di Malaysia sehingga kini. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita bermuhasabah semula menilai kelemahan yang ada pada diri kita. Marilah kita saling tegur-menegur antara satu sama lain bagi memelihara kesucian agama Islam.

Thursday, August 27, 2009

perginya seorang tokoh

arini muka depan Kosmo
dikejutkan dengan pemergian seorang insan yang cemerlang
walaupun dirinya serba kekurangan
beliau masih mampu mencipta nama
sebagai seorang OKU yang genius
beliau merupakan seorang genius dalam bidang matematik
sehingga dijadikan idola oleh genius cilik matematik...Adi Putra
beliau juga merupakan OKU pertama dianugerhkan gelaran senator
beliau yang dimaksudkan ialah Senator Profesor Datuk Dr. Ismail salleh
semoga rohnya dicucuri rahmat

Wednesday, August 26, 2009

to Ayuni Azmi

semalam da tulis pasal Aqidah
arini nak tuleh pasal Ayuni plak
dak ni...aku kenal tyme f5 kalau x silap
samer2 koopers kat Jenan dulu
pas2 rapat ngan dier maser g Langkawi
taon ni..dier da f5..da besaq da pon
ayun nak amek SPM kan taon ni
semua silibus da habes dier cakap
so kena wat revision r balik
bagi dapat straight A's SPM nanti
ayun kan nak jadik pereka design nanti
gudluck in ur SPM..do ur best k

dear aqidz

arini 26 Ogos 2009
aku on9 jap menghilangkan kebosanan
bukak frenster ader comment baru
rupe2 nyer from my junior...aqidah
thanx 4 ur comment
pas2 selang baper minit
dier on ym
aku pon chat ngan dier
tanyer kabar n bla2
post ni dituleh ntuk didedikasikan kepada
insan bernama AQIDAH
b a gud girl...strive 4 ur xcellent
get straiht A's taw tuk SPM
mish u n all...daa

Wednesday, August 19, 2009

Hari Keempat




hari ni hari keempat kat SBH
xder watper..jumpa GPK Hem n Koko
pas2 ader jamuan perpisahan tuk GPK Hem
dia dapat naek pangkat guru besar mggu depan
esok da habis SBE..pas2 ready tuk puasa plak

Tuesday, August 18, 2009

kebosanan

kenapa arini amat membosankan
datang skolah x wat aper pon
budak2 ader ceramah
GPK koko kena uruskan hal
xtaw nak watper..huhuhu

Monday, August 17, 2009

Second SBE



semalam...Isnin,17 Ogos 2009
aku melapor diri kat Sekolah Bukit Hampar
untuk SBE kali kedua
tuk SBE kali ni
aku ngan 4 orang member laen
untungnya kali ni
ader member yang sama kos ngan aku
semalam...x banyak aktivti sgt
juz jumpa guru besar n GPK dier
papehal..aku post lagi

Friday, August 14, 2009

kepulangan



arini..aku da sampai rumah
minggu depan kena g SBE
raser cam ader yg x kena
biler da sampai rumah ni..huhuhu

Wednesday, August 5, 2009

hoki

semalam...5 Ogos 2009
satu game friendly hoki
antara team maktab ngan USM
wat kat pdg hoki Kelantan
da lamer x men hoki
fitness pon xder
ngatkan lawan satff hoki
da r player cukup2 jer
keeper plak..padding dada ngan helmet xder
rupe2 nyer lawan student jer
first half kiter orang
qonquer game smpi habis
n dapat score sebijik oleh ajaq
start 2nd half..dorang bwk masuk otai dorang
game seimbang antara dua2 team
maybe sebab keeper x pakai set lengkap
otai dorang x try shoo dalam D
tapi mmg terserlah kehebatan dier r
dribble bola sorang2
keeper plak brani mati tyme 2nd half
slamatkan try2 yg berbahaya
lastly kiter orang menang 1-0
hehehehe

Tuesday, August 4, 2009

Pic Netball






GK ngan GA Superman Melayu

Friday, July 31, 2009

netball

ari2 aku ader cakap
pasal game gerko
yang dianjurkan oleh gerko kan
rabu ari2 team aku maen
nak tau aper namer team aku???
SUPERMAN MELAYU...hahaha
saper tah yang letak namer 2
kalau x silap aku
team aku lawan ngan team Seronok
team junior baru masuk
ni first game team aku
so..ramai lg yg xtaw peraturan n posisi
ader byk chance depan gol
tapi x masuk..huhuhu
at last..kiter orang draw 1-1
mggu depan ader game lagi
xtaw r lawan team maner
hopefully menang r game pasni
paper hal..aku post lg da latest news...adios

Thursday, July 30, 2009

happy day

arini...khamis,30 Julai 2009
pagi2 sampai maktab
tggu lec PA...ruopenyer dorang xder kat maktab
pas2 smbg ngan klas LB
klas arini memang best
Farhana wat presentation arini
satu klas diajar menari
bukan menari poco-poco
tapi ni tarian tuk kanak-kanak
memang njoy giler tarian ni
sampai cik Lah suh wat lagi skali
assgnment LB pon da ciap arini
malam plak...izzul ajak g PCB
makan2 kat saner
pas2 lepak kat tepi pantai
memang best banget arini

Tuesday, July 28, 2009

bola jaring

start bulan lepas
pelbagai aktiviti yang dijalankan di maktab
pas karnival sukan maktab
gerko bola jaring sem 2
anjur pertandingan bola jaring plak
pertandingan ni tuk laki n pmpuan
so..klas aku pon hntr r wakil
esok first game match team aku
nanti aku post lagi
latest news tentang game ni...hehehehe

Monday, July 20, 2009

harimau malaya

sabtu ari2
Harimau Malaya menetang MU
walaupun ketinggalan 2-0
skuad negara bangkit kembali
dengan menjaringkan 2 gol
gol pertama oleh amri yahyah
cukup mengagumkan saya
dia berjaya menewaskan penjaga gol
yang memegang rekod tanpa bolos sebanyak 15 perlawanan
walaupun berjaya mengikat keputusan 2-2
skuad negara terpaksa akur dengan kehebatan MU
namun...kekalahan tipis menunjukkan
masih ada sinar
untuk bola sepak negara
ayuhlah kembalikan maruah negara

Friday, July 17, 2009

Malaysia VS MU

esok..pasti ramai yang akan ke
Stadium Bukit Jalil
untuk menyaksikan perlawanan persahabatan
antara Malaysia B23 dan kelab gergasi Eropah
Pasukan Manchester United
adakah pemain2 Malaysia
dapat menyaingi kehebatan pasukan MU
jika zaman dahulu
pemain2 kiter boleh bersaing
ngan pemain2 Arsenal
sampaikan dorang hormat ngan team kiter
adakah pemain2 zaman skrg
dapat ulangi pencapaian kiter maser zaman dulu
sama2 la kiter saksikan esok
ayuh Harimau Malaya...tunjukkan taringmu

Wednesday, July 15, 2009

pergerakan asas

sem ni..ader klas pergerakan asas
so..kiter orang kena create
satu pergerakan menggunakan muzik
minggu depan maybe guna alatan plak
enjoy gak klas ni...boleh release tention

Saturday, July 11, 2009

no entry

hmm...rasenyer da lamer tgglkan blog ni
da seminggu duk kat luar
susah sket nak on9 skrg
klu ader maser baru dpt on9
itu je yang aku nak cakap

Thursday, July 2, 2009

meninggalkan blog

melihat kepada tajuk di atas
aku akan meninggalkan blog tercinta ini
wat sementara waktu
sepanjang aku duk luar
mungkin agak susah ntuk aku
mengedit blog ini
tapi kalau ader maser
aku akan edit blog ini k
adios

Monday, June 29, 2009

a new chapter in my life

hmm...sudah lamer
x mengedit blog aku ni
bz ngan kuliah
pas2 kemas brg2 nak pindah luar
mggu ni akan bermula hidup baru
tiada lagi kehidupan di asrama

hmm...mggu ni aku kenal ngan seseorang
dier seorang yang agak manis
senang berbicara dengannya
harapnya...dapat berkenalan dengan lebih lama
dengan si dia

Tuesday, June 23, 2009

alhamdullillah

alhamdulillah...
setelah sekian lama menunggu
akhirnya...keputusan telah diputuskan hari ini
setelah hampir 6 tahun menanti
ayahku telah memenangi
kes perbicaraannya di mahkamah hari ini
syukur kepada-Mu Ya Allah

Saturday, June 20, 2009

rumah sewa???

melihat kepada tajuk di atas
aku amat geram sebab
aku kena duk kat luar sem ni
da r aku xder transport
nak kena duk luar plak
hampeh tol...arghhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!

Thursday, June 18, 2009

go Winders Jenan 09

esok kat PICC Putrajaya
Final wind Okestra SBP n Skolah Kluster
akan dijalankan pada pukul 2 petang
setelah mencuba beberapa tahun
Jenan berjaya menempatkan kembali
sebagai salah satu team yang patut digeruni
di arena okestra SBP seluruh Malaysia
walaupun ngan team yang kecil
semangat bdk2 Jenan amat membara
bak kata orang dulu2...kecil2 cili padi
to all my juniors...wish u all gudluck
bawak balik semula trofi Johan tu
kat Jenan tercinta...go Jenan go

kepulangan

hari ni...19 Jun 2009
detik 10.15 malam
aku akan menaiki bas
untuk pulang ke kelantan
setelah hampir sebulan menghabiskan cuti
aku akan pulang ke maktab
untuk memulakan semester yang baru
mesti macam2 citer biler da sampai maktab nanti
yang penting aku nak tau result exam aku
ngan list budak yang kena duk luar
mungkin blog ni akan diedit sekiranya
wireless kat maktab aku x bengong

Monday, June 15, 2009

aper dah jadi ngan blog aku????

aku nak edit blog ni
tapi naper tah...byk benda yg x kuar
nak tukar font x boleh
nak tukar warna x boleh
sumbudy...plzzz help me

Wednesday, June 10, 2009

tag oleh ayun

1. If your lover betrayed you, what will your reaction be?

Aper lagi…tinggalkan jer dier 2

2. If you can have a dream to come true, what would it be?

Saya nak jadik seorang peguam yang terkenal

3. Whose butt would you like to kick?

Saper ekk…sesaper je r

4. What would you do with a billion dollars?

Bawak family g tunaikan haji…aminnn

5. Will you u fall in love with your best friend?

Maybe…hahahaha…saper best fren aku

6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?

Loving Allah

7. How long do you intend to wait for someone you really love?

Sehingga hujung nyawa…macam tajuk filem r plak

8. If the person you secretly like is already attached, what would you do?

Hmmm..no comment

9. If you like to act with someone, who will it be? your gf/bf or an actress/actor?

Berlakon dalam rancangan anak wayang kot…hahahaha

10. What takes you down the fastest?

Jatuh dari katil r..pe lagi

11. How would you see yourself in ten years time?

Seorang guru yang berjaya

12. What’s your fear?

X pass exam..nanti kena repeat

13. What kind of person do you think the person who tagged you is?

Nice...manja

14. Would you rather be single and rich or married but poor?

Single and available

15. What’s the first thing you do when you wake up?

Tengok jam kul baper…pas2 smbg tido

16. Would you give all in a relationship?

No comment

17. If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?

Carik jer yang laen…habis citer

18. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing the someone has done?

Maafkan kami…maafkan kami…maafkan kami…maafkan kami

19.Do you prefer being single or having a relationship?

Soalan ni..tanyer wife saya..hahaha

20.List 5 people to tag

Ayuni

Abg long

Ieka tembam

Saper2 je la


Monday, June 8, 2009

berakhirnya kehidupan seorang mat rempit

arini...saya telah
menamatkan kehidupan saya
sebagai seorang mat rempit
sekian...terima kasih

Saturday, June 6, 2009

my big brother

semalam pas aku men bola
kat old trafford
bdk2 ni ajak aku men futsal kat bandar
aku cakap r kalau free aku pg
dlm hati memang xnak pg maen pon
penat sgt pas maen bola
malam 2...ngah makan kat kedai mamak
adik aku ajak aku g tgk bdk2 ni men futsal
aku da cakap kat dier aku xnak pg
x psl2 aku marah dier
pas2 aku cmpak kunci moto kat dier
suh dier pg sndri kalau nak sgt
balik jer rumah..dier tros mrajuk
n tido...da r sampai aku tulis post ni
dier nak mrajuk lagi ngan aku
da besar2 pon nak mrajuk ker bro

Thursday, June 4, 2009

benarkah iskandar bukan zulkarnain


Sejak sekian lama, kita mempercayai Iskandar Zulqarnain adalah individu yang hebat dalam sejarah. Beliaulah yang kita namakan Alexander the Great. Namun, kita tidak pernah tahu sama sekali bahawasanya Iskandar dan Zulqarnain adalah dua individu yang berbeza. Benarkah kenyataan itu? Buku ini ada jawapannya. Buku ini dimulakan dengan kupasan mengenai empat raja agung dunia purba mengikut turutan sejarah hidup mereka iaitu Raja Namrud, Nabi Sulaiman, Raja Bukhtanasar dan Zulqarnain. Ketiga-tiga raja pertama dipanggil dan diketahui dengan nama mereka sendiri sedangkan Zulqarnain pula adalah satu gelaran yang disandarkan kepada beberapa tokoh hebat termasuklah Raja Iskandar (Alexander). Siapakah mereka? Bilakah mereka memerintah? Siapakah yang dahulu dan siapa pula yang datang kemudian? Diskusi di dalam buku ini membantu anda bagi lebih memahami sejarah silam. Namun, di sebalik segala persoalan itu, yang lebih penting adalah persoalan, adakah sesuai jika disandarkan gelaran Zulqarnain kepada Raja Iskandar?

Quran menceritakan mengenai ciri-ciri Zulqarnain yang mana jika dikaitkan dengan sejarah hidup Raja Iskandar, ia adalah bercanggah. Buku ini memuatkan perbincangan serta hujah-hujah yang sesuai bagi mengaitkan tokoh yang paling hampir dan sesuai dengan gelaran Zulqarnain. Bukti hidup daripada peninggalan Zulqarnain adalah tembok yang dibinanya bagi menghalang Yakjuj Makjuj. Siapakah mereka ini dan siapakah yang mereka kacau sehingga Zulqarnain membina tembok serta di manakah tembok itu? Perbincangan ini dan lain-lain lagi ada di dalam buku ini. Jangan lepaskannya

ngah baca paper arini...tiber2 jer ternampak iklan ni..cambest jer buku ini..akan ku cari buku ini sampai dapat

go Jenan go

tahun ni tahun 2009
aku raser tahun yang bertuah tuk my alma matter
SM SULTAN ABDUL HALIM a.k.a JENAN
setelah beberapa tahun
Wind Okestra x dapat masuk final
akhirnya team tahun ni dapat gak masuk final
pas2 plak team Debate BI
semenjak kebelakangan ni
team debate memang byk imporove
dalam arena pendebatan di antara SBP
hasilnya...team debate BI Jenan
dapat masuk final Julai nanti
dorang akan lwn ngan SSP
2 all my juniors...ganbatte kudasai

Tuesday, June 2, 2009

playing new game


hmmm...g lepak kat cc
skrg ni minat maen game ni plak
NBA 08...hehehe
boleh brangan jadi cam
Micheal Jordan...karim Al-Jabbar..Kobe Bryant...Le Bron James
hehehehe

Monday, June 1, 2009

nak kasut tu...

hmmm...da lamer aku pakai
but nike total 90
raser-rasernyer da 3 tahun aku pakai
pas koyak jahit...smpi r skrg

arini g surf kat al-ikhsan.com
collection but yang ader kat saner
teringin nak beli but baru
tapi wang kena ader dulu
cepat2 r ader rezki nak beli but baru..huhuhu


ni but yang aku cari2 but yang dipakai oleh Tevez semua putih

yang ni cambest gak All Black...huhu

yang ni plak macam Park Ji-Sung pakai rasenyer

masalahnyer skrg aku xtau harga but2 yang aku minat ni kena r pg al-ikhsan tgk harga dier baper ngah ader sale skrg bilalah aku nak ader but baru...huhuhu

Sunday, May 31, 2009

semalam...

hmm..borinknyer cuti ni duk rumah jer...kdg2 g rumah nenek walaupun nenek da xder rumah di felda Medoi tetap memberi kenangan kepadaku

semalam...g tido rumah nenek bersih2kan aper yang patut bagi makan kat kucing ngan ayam kesian ayam2 2..da xder tuan nak jaga aku balik pon kejap2 jer sunyi jer rumah nenek da xder pokok2 kat luar pon da x berseri-seri macam dulu lagi

mungkin ini semua sebab kehilangan nenek semua jasad kat rumah nenek macam meratapi pemergian nenek dulu ader orang yang tgk2 kan semua sekarang ni da xder lagi macam dulu aku bukan nak melawan takdir ini memang Qada' dan Qadar dari Allah Dia lebih menyayangi nenek

semenjak pemergian nenek ayah jadi lebih pendiam yela...dulu nenek yang masakkan ntuk ayah nenek la yg uruskan makan minum ayah sekarang x lagi..ayah beli lauk jer makan pon aku tengok makin kurus ader yg tegur cakap..ayah makin kurus sekarang ni pon..suara ayah maik perlahan da kurang jelas macam dulu..aku faham kenapa

aku pulak...kehilangan nenek memang terasa da xder tempat aku nak bermanja tapi..semenjak pemergian nenek aku rasa ader perubahan dalam diri aku dari pada malas nak bgun solat subuh aku da boleh bangun skrg ayah pon da ok sket ngan aku skrg cuma..aku berharap aku dapat memperbaiki kelamahan diri ini aku akan tetap ingat pesan nenek
"KAU BELAJAR R BETUL2 KAT SANER DA BERJAYA NANTI JGN LUPAKAN AYAH NGAN ADIK BAGI AYAH KAU CUKUP MAKAN DULU BURUK MACAM MANA PON DIA TETAP AYAH KO"

aku akan tetap ingat pesanan nenek
sampai bila-bila
aku xkan lupa ayah ngan adik
da r aku ader sorang jer adik
dialah yang jaga ayah skrg ni
sorang2 plak tu...banyak pahala dier
aku harap..aku dapat wat
aper yang nenek harapkan pada aku

sekian..wassalam

Saturday, May 30, 2009

kebesaran Allah S.W.T.

aku sekadar menjengah-jengah
blog rakan-rakan aku yang laen
terbuka blog syana junior aku Jenan dulu
rupa-rupanya keajaiban Alah ni
tiada tolok bandingannya
sila view blog ini untuk melihat lebih lanjut
http://piecesof1heart.blogspot.com
SUBHANALLAH

Friday, May 29, 2009

MERDEKA!!!da cuti

exam da pon habis
cuti pon da start
xtau nak watper cuti ni
yang aku tau
kena habiskan klas memandu
n amek test terus
hopefully aku lulus trus r
pas2 xtau nak watper cuti ni
boring nyer..huhuhu

Tuesday, May 26, 2009

happy birthday

HAPPY BIRTHDAY TO YOU


HAPPY BIRTHDAY TO YOU


HAPPY BIRTHDAY TO MADAM IEYNA


HAPPY BIRTHDAY TO TOU
ARINI 27 MEI 2009

BIRTHDAY TEACHER KESAYANGAN AKU

MADAM IEYNA YANG KE 29

SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR

DAN DIMURAHKAN REZEKI..AMIN

STAY CUTE...HEHEHEHE


Monday, May 25, 2009

merdeka!!!!

arini tanggal 26 Mei 2009
pada detik 10.15 pagi
di Dewan Wawasan IPGM Kampus Kota Bharu
saya...Mohd Saiful Bahari bin Kamaruzaman
berjaya menamatkan peperiksaan untuk Semester 1 PISMP dengan jayanya
semoga mendapat keputusan yang cemerlang...amin
MERDEKA!!!!

Sunday, May 24, 2009

satu jer lagi

arini da jawab paper PSP



alhamdullilah boleh jawab exam tadi




esok paper PBM plak




hopefully boleh jawab macam tadi






pas2 da boleh balik rumah




hoorayyy!!!!

Friday, May 22, 2009

nothing

hmmmm





xtau nak tulis aper






boring sgt







cepat r habis exam










nak balik









huhuhu

nothing

hmmmm





xtau nak tulis aper






boring sgt







cepat r habis exam










nak balik









huhuhu

manusia

setiap orang ader impian sendiri
ader yang nak kemewahan
ader yang nak kereta mahal
ader yang nak rumah yang mewah
tapi..pernah kah kiter fikir
nasib orang2 yg miskin
anak2 yatim
mangsa peperangan
pernahkah dorang hulurkan bantuan
hari2 orang2 macam ni
enjoy ngan life dorang
joli sana sini
habiskan duit dgn senang lenang
bila dorang nak sedar
yang kemewahan tu sementara jer
biler2 maser boleh kena tarik
pas2 barulah nak insaf
nak pohon taubat
nak kembali je jalan yang benar
itulah sebenarnya MANUSIA

Thursday, May 21, 2009

PEMERGIANMU

hari ini
da genap seminggu pemergiannya
aku bacakan surah Yassin
aku harapkan rohnya dicucuri rahmat Allah
AMIN YA RABBAL ALAMIN

Tuesday, May 19, 2009

EXAM EXAM EXAM

20 MEI 2009
FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA
21 MEI 2009
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
25 MEI 2009
PENGAJARAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH
26 MEI 2009
PEDAGOGI BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

WISH ME LUCK 4 MY EXAM

GLORY GLORY MANCHESTER UNITED








LIHAT GAMBAR2 NI DARI BAWAH KE ATAS
WORLD CLUB CHAMPIONS
CARLING CUP CHAMPIONS
BARCLAYS EPL CHAMPIONS
GLORY GLORY MANCHESTER UNITED

Saturday, May 16, 2009

GLORY GLORY MANCHESTER UNITED

GLORY GLORY MAN UNITED
SEASON 2008/09
MU SEKALI MENJUARAI EPL
BUAT KALI KETIGA BERTURUT-TURUT
MU TELAH MENYAMAI REKOD LIVERPOOL
SELAKU PEMENANG TERBANYAK LIGA INGGERIS
NANTIKAN SATU LAGI PIALA
UEFA CHAMPIONS LEAGUE
MINGGU DEPAN
GLORY-GLORY MAN UNITED

hidup mesti diteruskan

walaupun aku kehilangan
seorang lagi insan tersayang
dalam hidup aku
hidup ini mesti diteruskan
aku mesti tabah & kuatkan semangat
untuk meneruskan kehidupan aku
aku masih ada impian yang belum tercapai
aku akan berusaha
untuk mencapai impianku selama ini

Friday, May 15, 2009

KEHILANGAN

TANGGAL 15 MEI 2009, 7.25 PETANG
aku kehilangan seorang lagi insan yang tersayang
selama seminggu aku menjaganya di hospital
akhirnya dia pergi juga meninggalkan aku
walaupun aku menyayani dia
namun ader yg lebih menyayangi dier
pasni..da xder lagi tempat
ntuk aku bermanja-manja
tmpt tuk luahkan masalah aku
tapi..aku bersyukur kerana
dier pergi dengan tenang
saat menciumnya buat kali terakhir
aku lihat..mukanya tersenyum
mungkin itu kerana pertolongan
dari yang Maha Berkuasa
segala perjalanan mengebumikan
berjalan dengan lancar
syukur Alhamdulillah

YA ALLAH..KAU AMPUNILAH
DOSA-DOSA NENEKKU
KURANGKANLAH SIKSAAN KUBUR
JAUHKANLAH DARI AZAB API NERAKA
TEMPATKANLAH DI PINTU SYURGAMU
AMIN YA RABBAL ALAMIN

Thursday, May 14, 2009

KAWAN





KAWAN
gmbr2 kat atas ni
member2 yg rapat ngan aku
kat IPGM Kota Bharu
start dari gmbr atas skali
namer dier Mohd Haniff bin Zakariah
aku kenal maser interview kat mlaka
maser 16 Mei 2007
lastly dapat gak aku satu mktb ngan dier
yang second plak
Tengku Feezyazli bin Tengku Ab. Ghani
maser pendaftaran 2
tiber2 jer mamat ni
pinjam pen aku
aku pon bagi je r kat dier
terer masak dier ni
yg bawah 2
Abdul Hafiz bin Abdul Rahim
ni pakar IT kat klas aku
kalau tgk slideshow dier
memang salute habis r

ader orang cakap
kawan ni dtg maser kiter senang jer
biler kiter susah dorang tggllkan kiter
tapi dorang bertiga ni
aku hargai sgt
jasa dorang maser aku dpt tau
yg nenek aku sakit
abg long terus cakap
jap lagi kiter g bli tiket
kecik dtg blik aku
tnyer sal nenek aku
pas2 dier suh aku duk jer kat bilik
dier g bli tiket
temankan aku
pg plak..sggup g cari side mirror
pas2 letak kat moto syawal
nak hntr aku g station bas
maser aku da nak naek bas ngan kecik
abg long cakap kat aku
kalau ader keter
ptg tadi aku da da bwk ko balik johor
dlm hati aku cakap
x sgka aku bg long macam ni
walaupun dier ngah pening
ngan prob keter dier
dier still nak tolong aku ni

KEPADA KORANG BERTIGA
KECIK,PG NGAN ABG LONG
AKU RESPECT KAT KORANG
KALAU KORANG XDER
MAYBE AKU X KUAT CAM SKRG
THANX A LOT MY FREN

hmmm

hmmm..masuk arini
da seminggu nenek masuk wad
nenek still x sedarkan diri lagi
tadi maser nurse check nenek
suhu badan nenek panas sampai 42
pas2 nafas pon laju jer
nurse pakaikan nenek ngan oksigen kat mulut nenek
doktor cakap dorang x dapat
nak kuarkan darah kat kpala nenek
hmm..aku harap...nenek kuatkan semangat dier
nenek..kuatkan semangat nenek tuk lawan
penyakit nenek

Wednesday, May 13, 2009

kat hospital

hmmm...skrg ni aku ader kat segamat
ngah jaga nenek aku
alhamdulillah..nenek da ok sket skrg
cuma nenek kena stroke sebelah kiri
mata nenek still x boleh bukak lagi
cakap pon x braper jelas lagi
aku doakan nenek cepat sembuh
aku xnak nenek pergi dulu
sebab aku da xder tempat nak manja
kalau nenek da pergi
nenek..jgn tgglkan epol!!!

Ketika itu...

assalamualaikum
sewaktu aku ngah jaga nenek...fikiran aku melayang-layang
dengan kehidupan para pesakit di hospital
tiba-tiba..timbul satu pertanyaan dalam hati aku
kenapa aku x pernah terfikir
aku nak jadi doktor
kalau x..mesti aku boleh rawat nenek aku
dulu..maser aku F1
aku kat SMSAH lagi
aku lgsung x tau yg arwah ibu sakit
aunty cakap ibu ader breast cancer
ibu kena operate..tapi xnak
lastly...pak long sbg abg ibu
dtg ke KL tuk pjuk ibu
akhirnya operation ibu aku berjaya
tapi ibu sedih sebab dier da x macam dulu lagi
aku sedih sgt sbb x dpt bg ibu smgt maser nak operation
pas2 aku call ibu kat rumah aunty
ibu lemah lagi maser 2
cakap pon slow je suara ibu
aku sedih sgt maser 2
pas2 ibu cam da xnak teruskan hidup dier
lastly..tahun biler aku x igt
maser 2 aku nak balik kedah
umi pakat ngan ayah nak jaga ibu
kat rumah umi
alhamdulillah..ibu nak ikut umi
itu pon kena pujuk ibu byk kali
kat rumah umi..ibu byk berubah
tapi aku x sgka...raya pd tahun 2005
merupakan raya terakhir aku ngan ibu
b4 raya..ibu tlg umi siapkan mskn tuk raya
aku happy sgt sebab da lamer x smbut raya ngan ibu
tahun 2006..maser nak balik kedah
tiber2 jer ibu xnak hntr aku g stsion bus cam slalu
dalam hati aku sdh sgt
tapi aku ckp kat ibu..aku nak g sepang esoknya
pas2 ader kem motivasi kat KUKUM@UMP
pas habis jer motivasi
aku x sdp bdn...aku cam demam
maser 2 ari sabtu..ader freindly rugby
aku g tgk jap jer
tiber2...hati aku tergerak
aku nak balik gak malam ni
aku x gtau saper2
dapat gak tiket bas tuk balik segamat
dalam bas aku x sedap hati
sampai kat penang...aku dapat msg dari mat s
takziah...mak ko da meninggal
aku tanyer..maer korang tau
dorang ckp kak mah cari aku kat asrama
tapi x jumper..dorang wat bacaan yasin
sampai segamat..umi ambil aku
umi terus peluk aku
aku sampai kat medoi
ayah menangis kat depan rumah
aku tgk semua orang ngah baca yassin
nenek suh aku baca yassin tuk ibu
pas2 aku duk kat luar
mak ngah uruskan mandikan jenazah ibu
pas2 kapankan ibu
da selesai 2...sembahyangkan ibu
pas2 aku ngan adik
follow ibu g kubur
aku tlg org kg kebumikan ibu
aku x nangis..tapi dalam hati saper yg tahu
da selesai semua..aku still x nangis
aku xnak ibu sedih kat saner
ibu...epul doakan ibu tenang kat sana

YA ALLAH...AMPUNKANLAH DOSA-DOSA IBUKU
KURANGKANLAH SEKSAAN KUBUR IBU
JAUHKANLAH KAMI DARI AZAB API NERAKA
TEMUKANLAH KAMI DAN TEMPATKANLAH KAMI
DI ANTARA GOLONGAN YANG AKAN
MENGHUNI PINTU SYURGAMU
AMIN........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...