Tuesday, August 28, 2012

PDRM : Polis Diraja Malaysia


lama da x menulis di blog ini...tergerak hati ini untuk menulis tentang
PDRM : Polis Diraja Malaysia
umum mengetahui tugas polis untuk mengawal ketenteraman Malaysia
namun...kebelakangan ini,ramai yang mengutuk,mencaci individu yang bertugas sebagai seorang anggota polis
sekarang ni...kebanyakan anggota polis sedang bersiap sedia untuk mengawal sempena ambang kemerdekaan

kepada mereka yang pernah mengutuk,mencaci anggota polis
siasat dulu kenapa dorang wat macam tu
lau kita xde di tempat kejadian
jangan r kita tuduh macam-macam
tanpa alasan dan bukti yang kukuh

tanpa mereka...mungkin kita x akan merasa
keamanan dan ketenteraman seperti skrg
anggota polis pon ada hati & perasaan
mereka jalankan tugas mereka untuk menyara keluarga mereka

kalau ada anggota polis yang menyalahi etika polis
sewaktu menjalankan tugas
laporkan segera kepada pihak yang bertanggungjawab

akhir kata : saya mendoakan ALMARHUMAH SARJAN ZAITON BT. ABDULLAH
tenang di sana...semoga Allah memberkati tugas ibu
semasa bertugas sebagai anggota polis


Tuesday, June 19, 2012

Ayah & Sukan

KAMARUZAMAN @ KAMARULZAMAN BIN ZAKARIA
itulah nama yang diberikan untuk arwah ayah saya
ayah merupakan anak kedau daripada 14 orang adik-beradik
arwah cukup dikenali sebagai seorang yang tegas kepada adik-beradiknya
pernah satu ketika ketika zaman remajanya...arwah mencari adik-adiknya yang belum pulang dari sekolah
apabila arwah jumpa adik-adiknya...arwah akan memarahi adik-adiknya
tetapi,di sebalik ketegasan arwah...arwah seorang yang baik hati dan gemar menolong orang yg dalam kesusahan

arwah cukup dikenali dengan kegiatan sukannya ketika usia muda
melalui gambar-gambar arwah yang pernah kulihat
arwah aktif dalam sukan bola sepak,hoki dan sepak takraw
dalam bola sepak, arwah seorang last man yang kebal di bhg pertahanan
arwah sering mendapat sorakan dari saudara-mara atau rakan-rakanya ketika beraksi
arwah juga aktif dalam bidang kepengadilan bola sepak
kadang-kadang aku ikut arwah jika arwah mengadili sesuatu perlawanan bola sepak

dalam sepak takraw pula...aku terkejut bila mendapat tahu
imam menceritakan bahawa arwah merupakan seorang killer dalam pasukan
arwah juga merupakan salah seorang pengadil yang diiktiraf oleh PSM

dalam sukan hoki pula
arwah bermain sebagai penjaga gol..benteng terakhir pasukan
dalam sukan hoki...arwah aktif bermain di pahang
kalau x silap, arwah pernah mewakili pasukan piala razak negeri pahang
kayu hoki dan bola hoki arwah masih lagi ada di rumah sebagai kenanganku kepada arwah

daripada gambar-gambar arwah...arwah juga pernah menawan
puncak gunung tahan/kinabalu satu ketika dulu
kini,itu semua hanya tinggal kenangan sahaja
mungkin bakat arwah dalam bidang sukan
diwarisi oleh diriku dan adik ku pada ketika ini

YA ALLAH YANG MAHA ESA
KAU CUCURILAH RAHMAT KE ATSA ROH AYAHKU
YANG TELAH PERGI MENGHADAPMU
SEMOGA KAMI SEKELUARGA DITEMPATKAN
DI PINTU SYURGA YANG DIJANJIKAN OLEHMU YA ALLAH
AMEEN

Monday, June 18, 2012

Ibu Ayah...kau yang terbaik bagi diriku

setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini...pasti mempunyai AYAH & IBU
tanpa mereka, siapalah kita di bumi ini
dari kecil hinggalah kita dewasa...mereka sentiasa berusaha mencari nafkah untuk anak-anak
tapi,anak-anak seringkali melawan suruhan ibu bapa
sedarkah kita,walaupun dengan mengucapkan perkataan "ah"
kita boleh dianggap derhaka kepada mereka

bagi saya...saya banyak terlepas peluang
untuk berbakti kepada ibu bapa saya kerana menuntut ilmu di negeri orang
ibu bapa yang sedang sakit..dijaga oleh adik,nenek,umi & saudara mara yang lain
peluang saya hanyalah ketika saya bercuti di kampung

saya hanya sempat berbakti kepada ibu saya selama 17 tahun saja
ayah pula sehingga saya berumur 20 tahun
tetapi sebagai seorang anak
saya sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka di sana
semoga roh ibu & ayah dicucuri rahmat
dan ditempatkan di Syurga yang dijanjikan oleh Allah S.W.T.

Tuesday, June 12, 2012

kembali menulis

assalamualaikum

lama da x menulis kat blog ni...last post tahun 2010..skrg da 2012...dua tahun x update blog ni
dalam hati ni ada niat untuk kembali menulis di blog ini...nak tulis apa-apa yang patut dikongsi
mungkin akan ada post-post baru yang akan menyusul lepas ni...kite tunggu & lihat

Tuesday, December 21, 2010

cuti-cuti 2010

cuti-cuti 2010
xtau nak tulis ape da
cuti xde r watpe sgt pon
stat cuti sambut raya haji
pastu dok rumah jaga adik aku nak SPM
petang2 g jogging
10-12 disember ade tournament hoki penang
men futsal n badminton ngan member lame
tu je r cuti aku kali ni..huhuhu

Saturday, October 2, 2010

selamat kembali

salam
aku rase da lame x tulis kat blog ni
dengan kesibukan sepanjang tahun ni
xde mase nak tulis kat blog ni
mungkin pasni aku akan meluangkan masa
untuk tulis pape kat blog ni
SELAMAT KEMBALI

Friday, April 2, 2010

untukmu IBU

setiap orang kat dunia ni
dilahirkan oleh seorang insan yang digelar IBU
ada yg pggl umi,emak,mama
ibu merupakan seorang insan yang mulia di dunia ini
selama 9 bulan 10 hari die menahan kudrat
untuk melahirkan seorang permata yang akan mewarnai dunia ini

Ibuku bernama ZAITON BT. ABDULLLAH
ibuku merupakan seorang yang berketurunan Cina
ibuku selamat melahirkan aku
pada 4 Mac 1989

aku pernah terdengar
ibu pernah menjaga aku selama 2 bulan di wad
mase tu..aku sakit yang agak teruk
ibu sanggup ulang alik ke wad
semata-mata nak jaga aku
masa aku kecik...aku mesti nanges
kalau ibu lambat balik dari keje
sebab aku duk sorang2 kat rumah

kalau aku nakkan sesuatu
mesti aku cakap kat ibu
aku nak itu..aku nak ini
tapi ibu cakap jgn beli kalau xd guneny
aku akan masam muke ntuk beberapa hari
pastu ibu mesti belikan apa yang aku nak

ibu sgt amek berat bab agama
setiap mlm..ibu akan hntr aku
ke rumah Umi..untuk belajar Al-Quran
bab pelajaran pon
ibu tetap amek berat
ibu nak aku berjaya dalam hidup

aku sangat sedih
bila dapat tau..ibu merahsiakan sakit die
ibu xnak gtau sesape mengenai sakit yang ibu ada
iaitu pembunuh nombor satu wanita
ibu menjadi lemah bila dapat tau tentang penyakit tu
ibu da x seceria dulu
ibu terpaksa melawan penyakit untuk satu tempoh yang agak lama

tanggal 2 April 2006
ibu telah pergi menghadap Ilahi
Allah lebih menyayangi ibuku
aku sangat sedih kerana ibu meninggalkan adik
yang masih kecil dan xtau apa-apa

kini...setelah 4 tahun ibu meninggalkan kami
aku berdoa agar Allah mencucuri rahmat
ke atas roh ibuku
aku berdoa..agar kami sekeluarga
dipertemukan di Syurga yang telah dijanjikan
ameen
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...