Monday, June 18, 2012

Ibu Ayah...kau yang terbaik bagi diriku

setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini...pasti mempunyai AYAH & IBU
tanpa mereka, siapalah kita di bumi ini
dari kecil hinggalah kita dewasa...mereka sentiasa berusaha mencari nafkah untuk anak-anak
tapi,anak-anak seringkali melawan suruhan ibu bapa
sedarkah kita,walaupun dengan mengucapkan perkataan "ah"
kita boleh dianggap derhaka kepada mereka

bagi saya...saya banyak terlepas peluang
untuk berbakti kepada ibu bapa saya kerana menuntut ilmu di negeri orang
ibu bapa yang sedang sakit..dijaga oleh adik,nenek,umi & saudara mara yang lain
peluang saya hanyalah ketika saya bercuti di kampung

saya hanya sempat berbakti kepada ibu saya selama 17 tahun saja
ayah pula sehingga saya berumur 20 tahun
tetapi sebagai seorang anak
saya sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka di sana
semoga roh ibu & ayah dicucuri rahmat
dan ditempatkan di Syurga yang dijanjikan oleh Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...