Monday, January 18, 2010

Allah Maha Adil

salam...
nak tulis sket je kali ni
baru-baru ni dpt beberapa orang lg kwn
rupa-rupanya ada lagi yang senasib ngan aku
Allah itu Maha Adil

Thursday, January 7, 2010

Tahun Baru Azam Baru


salam...da beberapa hari di tahun baru
baru arini nak post something kat blog ni
selalunya...bila da masuk tahun baru
pasti akan kedengaran...apa azam tahun baru untuk setiap orang???

bagi aku...azam baru tu terpulang kepada setiap invividu
sebagai penganut agama Islam...sudah tentu aku nak memperbaiki diri aku
cuba untuk mengubah diri kepada yang lebih baik...Insya-Allah
selagi hayat masih ada...aku akan cuba memperbaiki kelemahan diri ini


Ya Allah ya tuhan-KU...pimpinlah daku
ke jalan yang diredhai oleh-MU...ameeen

Wednesday, December 30, 2009

plz view this...URGENT!!!

salam...
sedar x sedar...arini da last day
kat tahun Masihi
skadar nak share ngan semua
view r blog ni...
holywar-efairy.blogspot.com
aku dpt msg ni dr junior aku
view r blog ni k...salam

Wednesday, December 23, 2009

MUHARRAM



salam...sedar x sedar...da 8 hari
umat ISLAM di seluruh dunia melangkah ke Tahun Hijrah yang baru
MUHARRAM merupakan bulan pertama dalam kalendar Hijrah umat ISLAM
banyak peristiwa penting yang telah diceritakan oleh
umat-umat terdahulu mengenai kegemilangan ISLAM di masa lampau

antara peristiwa yang terdekat ialah
kewafatan cucunda Rasulullah S.A.W.
iaitu Saidina Husin pada 10 Muharram yg jatuh pd hari Jumaat
Saidina Husin merupakan penghulu di Syurga bersama-sama Saidina Hasan
oleh itu...marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah
kepada seluruh ahli keluarga Rasulullah S.A.W. agar dipermudahkan
urusan untuk mencari pintu Syurga yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T.

Mahmud bin Ghailan menceritakan kepada kami, Abu Daud al Hafari menceritakan kepada kami dari Sufyan dari Yazid bin Abu Ziyad, dari Ibnu Abi Nu'am, dari Abu Sa'id al Khudri radiallahuanhu, ia berkata: Rasulullah saw bersabda, "Hasan dan Husin adalah pemimpin pemuda penghuni syurga."

YA ALLAH...PIMPINLAH DAKU UNTUK MENCIUM PINTU SYURGA-MU...AMEEN

Tuesday, December 15, 2009

KEHILANGAN

salam...da lame x edit blog ni
tah kenape...tibe2 dpt ilham nak edit blog ni
tentang entry tuk kali ni...aku nak citer hal sbnr

tanggal 6 Disember 2009..detik 12.20 t/hari
seorang lagi insan tersayang pergi meninggalkanku
insan yang dimaksudkan ialah ayahanda tercinta
KAMARUZAMAN BIN ZAKARIA

Ya Allah...kau cucurilah rahmat ke atas rohnya
dan tabahkanlah hati hambamu ini
atas segala ujian yang Kau turunkan untuk hamba-Mu yg lemah ini

Wednesday, November 4, 2009

Petua Masyarkat Melayu

Orang Melayu zaman dulu amat mementingkan adat dan sopan santun semasa makan sama ada di rumah ataupun di majlis-majlis keramaian. Ia bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran tetapi juga untuk menjaga sopan santun orang Melayu. Tapi kekadang kita suke buat2 lupe dan anggap benda2 tu tahyul tapi ianya sekadar nak 'menipu' anak-anak masa zaman kanak-kanak... yelah, kalau cakap benda yg betul pun manelah anak-anak yang masih hingusan ni nak paham kan? Inilah serba-sedikit pantang-larang orang tua-tua pasal makan...

PANTANG LARANG BERKAITAN DENGAN MAKAN

Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:

1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.
2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
8. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
10. Makan piggan bertindih nanti beristeri dua.
11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.

hmmm...renung-renungkan dan selamat beramal

Sunday, November 1, 2009

November...musim peperiksaan kembali


kini setelah oktober melabuhkan tirainya
November pula menjelma
pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan
sepanjang Oktober yang lalu
aktiviti terakhir adalah
Latihan tempatan Wataniah yg dijalankan
di Kem Pengkalan Chepa

pada bulan November ini
pasti ramai yg akan pening kepala
kerena kebiasaanya bulan ini merupakan
BULAN PEPERIKSAAN di seluruh negara
semalam...1 November 2009
satu taklimat peperiksaan telah dijalankan
di Dewan Wawasan IPGM Kampus Kota Bharu
Alhamdulillah..aku berjaya menduduki peperiksaan
untuk semester dua ini

pasti ada yang tertanya-tanya
mengenai keputusan pertandingan hoki
untuk pertandingan ini..pasukan Haru Biru
berjaya mendapat Naib Jahan setelah tewas 0-1
di saat-saat akhir perlawanan
pihak lawan berjaya mendapatkan gol kemenangan

kepada semua individu yang akan menduduki
apa jua peperiksaan pada bulan November ini
aku mendoakan kita semua berjaya menduduki peperiksaan
semoga kita memperoleh kejayaan yang cemerlang
di dunia dan akhirat...wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...