Saturday, September 26, 2009

pulang ke klantan

arini 270909...aku akan pulang ke klantan
setelah sminggu cuti berayer
da tiber masanyer tuk pulang ke klantan
ader yang x kene jer nak balik malam ni
hopefully perjalanan balik ke klantan
dipermudahkan oleh-Nya..insyaAllah

Thursday, September 17, 2009

Pulang Beraya

sebenarnya..semalam aku da sampai rumah
cuti tuk raya tahun ni
aku raser raya tahun ni cam x best jer
da xder kemeriahan lagi kat kampung aku
nenek da xder lagi..kemeriahan 2 da kurang
baju raya pon x beli
tapi sebagai umat Islam...aku patut merayakan kemenangan
setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan
kepada pengikut di blog aku

SALAM AIDILFITRI...MAAF ZAHIR DAN BATIN



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Friday, September 11, 2009

mencari Lailatul Qadar

sekarang da masuk fasa terakhir Ramadhan
di dalam fasa terakhir ini
ada satu malam yang dinanti-nantikan
oleh semua umat Islam
itulah Malam Lailatul Qadar
malam di mana sesiapa yang beribadat di malamnya
pahala amallan ibadatnya bersamaan dengan seribu bulan
merilah mencari malam Lailatul Qadar
kite tidak tahu adakan ramadhan akan menemui kita lagi atau tidak
marilah mencari malam Lailatul Qadar

Tuesday, September 8, 2009

amali PA

esok kat Dewan Wawasan
kelas aku ader amali PA
ntah camner nak igt 20 pergerakan 2
huhuhuhu
wish me luck esok

Monday, September 7, 2009

lamer tidak mengedit

salam ramadhan
arini da masuk ari ke 17
umat Islam berpuasa
arini gak dikatakan Nuzul Al-Quran
hari di mana wahyu Allah diturunkan
kepada Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

hmm...rasenyer da dekat seminggu x edit blog ni
macam2 perkara berlaku sepanjang sminggu ni
sibuk dengan siapkan assignment
amek gambar tuk amali PA
jualan kuih rayer..n mcm2 lagi
arini ader jamuan berbuka puasa
anjuran KeSaS kat maktab
en wan ghazali cakap
budget tuk tahun depan dikurangkan..huhuhu
k la...ni pon on9 kat rumah member
paper hal..aku edit lagi blog ni
salam ramadhan

Monday, August 31, 2009

berpuasa di maktab

arini 1 September 2009
aku da sampai kat Klantan
setelah 10 hari berpuasa di rumah
akhirnya aku kembali ke Klantan
untuk berbuka puasa bersama-sama rakan-rakan
aper ekk nak makan arini???

Friday, August 28, 2009

Runtuhnya Iman di Malaysia selepas Tragedi Natrah

Natrah atau nama sebenanya Nadra atau Maria Huberdina Bertha Hertogh telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 9 Julai lalu di Belanda. Saya tidaklah mengetahui kisah sebenar mengenai Natrah. Apabila terlihat muka depan majalah Al-Islam keluaran September 2009, terdetik di hati untuk membelinya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai isu Natrah.

Natrah merupakan anak kepada seorang tentera Belanda. Ayahnya dijatuhkan hukuman penjara oleh tentera Jepun. Selepas itu Natrah telah dibela oleh seorang wanita dari Tanah Melayu yang dikenali sebagai mak cik Aminah. Mak cik Aminah telah membawa pulang Natrah ke Kemaman, Terengganu.

Di Kemaman. Natrah telah diasuh dengan persekitaran masyarakat melayu. Beliau juga telah diIslamkan di sini. Kehidupan Natrah di Kemaman aman dan tenteram sehinggalah mahkamah telah menjatuhkan hukuman agar Natrah dipulangkan ke Belanda dan diKristiankan semula. Dek kerana terlalu menyayangi ibu angkatnya, Natrah enggan pulang ke Belanda untuk diKristiankan semula. Natrah terlalu menyayangi ibu angkatnya, mak cik Aminah.

Setelah hukuman ini dijatuhkan, rakyat Tanah Melayu ketika itu melakukan rusuhan secara besar-besaran untuk membantah sekeras-kerasnya hukuman yang telah dijatuhkan kepada Natrah. Mereka sebagai penganut agama Islam tidak rela melihat saudara seagama mereka dimurtadkan dengan sewenang-wenangnya. Mereka sanggup menggadaikan nyawa mereka demi harga sebuah diri manusia yang bergelar Islam. Rusuhan secara besar-besaran ini telah mengorbankan 18 orang Melayu, 173 tercedera manakala berates-ratus dipenjarakan kerana mengadakan rusuhan. Ini telah menunjukkan bahawa, masyarakat Melayu amat menyayangi agama Islam daripada dihina sewenang-wenangya.

Sewaktu di sebuah gereja di Belanda, ketika menunggu saat untuk diKristiankan semula, Natrah menangis dalam pelukan Puan Rosewita Buang dan meminta dikeluarkan daripada gereja. Natrah tidak rela dirinya diKristiankan semula dan melutut pada patung virgin Mary. Namun, sejarah itu telah berubah pada zaman ini. Ramai muda-mudi yang menganut Islam ingin murtad dengan sewenang-wenangnya. Lihat sahaja pada statistik yang dikeluarkan Majlis Agama di setiap negeri, bilangan yang murtad daripada bukan seorang dua, namun beratus-ratus ribu. Ke manakah hilangya semangat mempertahankan diri daripada dimurtadkan pada masyarakat Melayu di Malaysia kini?

Tanggal 31 Ogos 2009, Malaysia akan mencapai kemerdekaannya yang ke-52. Namun, kita masih tercari-cari apakah faktor sebenar yang membawa kepada runtuhnya iman di dalam diri insan yang bergelar Islam di Malaysia. Ke mana perginya kuasa yang ada pada Sultan untuk memerintah jika masalah murtad masih berleluasa di Malaysia sehingga kini. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita bermuhasabah semula menilai kelemahan yang ada pada diri kita. Marilah kita saling tegur-menegur antara satu sama lain bagi memelihara kesucian agama Islam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...